Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah 2010

|2 comments
Pertandingan Kawad Kaki 2010.

Tarikh : 8 Mei 2010

Tempat : SMK Bukit Gading

Masa : 8.00 pagi

Sumbangan : RM 50.00 ( satu pasukan)

Nota: surat pertandingan akan dimasukkan ke dalam pigeon hole minggu hadapan. Segala pertanyaan akan dijawab semasa Mesyuarat Pemimpin kali Pertama pada 31 Mac nanti. Terima kasih.

** Tarikh pertandingan telah ditukar dari 24 April kepada 8 Mei kerana pada hari tersebut merupakan hari ganti persekolahan. Harap maaf.

Mesyuarat PLD Gombak 2010: Tahun Baru Azam Baru....

|0 comments
Mesyuarat PLD Gombak Kali Pertama 2010

Tarikh: 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9 Pagi
Tempat: SMK Sg.Pusu

Pakaian : Baju Korporat Pengakap Gombak

Nota: Sila bawa salinan sijil manik kayu

Program Pengembaraan PM & PR 2009

|0 comments



OOPPss...pengembaraan ini tidak dapat dijalankan kerana khabarnya sebarang aktiviti luar tidak dibenarkan lagi buat masa ini akibat H1N1. Huhuhu...rugi beb! kalau tak mesti gempak program kali ini.

BINGKISAN DARI BORDER JAMBOREE

|0 comments

Tanggal 8hb Ogos seramai 293 org peserta Malaysia telah berjaya ke Satun Thailand(Pakbang Scout Camp) untuk menghadiri Jambori Sempadan kali ke 5. Peserta dari Selangor berjumlah 36 orang dan 4 orang pemimpin, (termasuk aku sorang). Setelah berkampung selama seminggu (8-13hb), akhirnya semua peserta Malaysia berjaya mengharungi semua aktiviti yang dijalankan (walaupun sebahagian telah dimasukkan ke hospital sementara, kerana disyaki H1Ni.. huhuu...) tahun depan Border Jamboree akan diadakan di Satun juga.

LAWATAN PENANDA ARAS PLD KE SABAH

|0 comments
TARIKH: 15 -18 Okt 2009
BAYARAN : RM 200.
Senarai Kawan-kawan PLD yang dah confirm:
1. HABSHAH YAHYA
2. NOORMAZNI
3. CHE NORHAZNIDA
4. SAHROM JAAFAR
5. MOHD FIRDAUS
6. MOHD FAIZAL
7. ROSDI MUSA
8. MURSID AL-HAFIZ
9. NOOR SOFIAH
10. HAFIZ CHE MAT
11. IBRAHIM YAACOB
12. SHARWANI AWANG

*BERSAMALAH KITA MENJAYAKANNYA

Kempori Gombak 2009

|0 comments
Apa nak dikatakan lagi? Kempori Gombak 2009 telah berakhir dengan jayanya ( ed- tanpa sebarang insiden yang boleh menjejaskan perjalanan kempori..heheh). Perjalanan Kempori kali ini telah berjalan sebelum dari bermulanya Hari pertama Kempori lagi. Terlalu ramai yang hendak disebut disini, namun jasa-jasa kalian bagi menjayakan kempori ini amat dihargai dan disanjungi. Boleh dikatakan ramai petugas yang telah berkampung awal bagi menyiapkan pintu gerbang dan sebagainya. Dengar khabar ada yang sepulangnya dari tempat kerja terus masuk hutan bagi mencari buluh...hebat! Hahaha..itulah semangat sebenar berpengakapan yang ada dalam diri ahli-ahli pengakap Gombak. Tahniah...Untuk itu, diucapkan tahniah, terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua petugas yang terdiri dari anggota PLD Gombak, Kelana-Kelana (anda sememangnya hebat!!), urusetia-urusetia yang terlibat, orang-orang dapur, guru-guru pengiring, anggota-anggota polis yang membuat rondaan, individu-individu yang telah menyumbang tenaga dan tidak lupa kepada PPM Gombak dan PPM Selangor. Terima kasih diucapkan!
|0 comments


Lencana Kempori Gombak 2009 yang diilhamkan oleh saudara Ubie.