Program Pengembaraan PM & PR 2009

|0 comments



OOPPss...pengembaraan ini tidak dapat dijalankan kerana khabarnya sebarang aktiviti luar tidak dibenarkan lagi buat masa ini akibat H1N1. Huhuhu...rugi beb! kalau tak mesti gempak program kali ini.

BINGKISAN DARI BORDER JAMBOREE

|0 comments

Tanggal 8hb Ogos seramai 293 org peserta Malaysia telah berjaya ke Satun Thailand(Pakbang Scout Camp) untuk menghadiri Jambori Sempadan kali ke 5. Peserta dari Selangor berjumlah 36 orang dan 4 orang pemimpin, (termasuk aku sorang). Setelah berkampung selama seminggu (8-13hb), akhirnya semua peserta Malaysia berjaya mengharungi semua aktiviti yang dijalankan (walaupun sebahagian telah dimasukkan ke hospital sementara, kerana disyaki H1Ni.. huhuu...) tahun depan Border Jamboree akan diadakan di Satun juga.

LAWATAN PENANDA ARAS PLD KE SABAH

|0 comments
TARIKH: 15 -18 Okt 2009
BAYARAN : RM 200.
Senarai Kawan-kawan PLD yang dah confirm:
1. HABSHAH YAHYA
2. NOORMAZNI
3. CHE NORHAZNIDA
4. SAHROM JAAFAR
5. MOHD FIRDAUS
6. MOHD FAIZAL
7. ROSDI MUSA
8. MURSID AL-HAFIZ
9. NOOR SOFIAH
10. HAFIZ CHE MAT
11. IBRAHIM YAACOB
12. SHARWANI AWANG

*BERSAMALAH KITA MENJAYAKANNYA

Kempori Gombak 2009

|0 comments
Apa nak dikatakan lagi? Kempori Gombak 2009 telah berakhir dengan jayanya ( ed- tanpa sebarang insiden yang boleh menjejaskan perjalanan kempori..heheh). Perjalanan Kempori kali ini telah berjalan sebelum dari bermulanya Hari pertama Kempori lagi. Terlalu ramai yang hendak disebut disini, namun jasa-jasa kalian bagi menjayakan kempori ini amat dihargai dan disanjungi. Boleh dikatakan ramai petugas yang telah berkampung awal bagi menyiapkan pintu gerbang dan sebagainya. Dengar khabar ada yang sepulangnya dari tempat kerja terus masuk hutan bagi mencari buluh...hebat! Hahaha..itulah semangat sebenar berpengakapan yang ada dalam diri ahli-ahli pengakap Gombak. Tahniah...Untuk itu, diucapkan tahniah, terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua petugas yang terdiri dari anggota PLD Gombak, Kelana-Kelana (anda sememangnya hebat!!), urusetia-urusetia yang terlibat, orang-orang dapur, guru-guru pengiring, anggota-anggota polis yang membuat rondaan, individu-individu yang telah menyumbang tenaga dan tidak lupa kepada PPM Gombak dan PPM Selangor. Terima kasih diucapkan!
|0 comments


Lencana Kempori Gombak 2009 yang diilhamkan oleh saudara Ubie.
|0 comments
Lagu Kempori

BERSATU CITA SATUKAN RASA
BERSATU MENUJU KE PUNCAK BAHAGIA
BERSATU BANGSA SATU NEGARA
BERSATU HARMONI MALAYSIA
PADUKAN JIWA PADUKAN RAGA
PADU BERPADU SEMANGAT, SEMANGAT WAJA
JATIKAN DIRI NILAI NAN MURNI
ITULAH PENGAKAP SEJATI

C/O

AYUHLAH PENGAKAP SEMUA
KITA BERSATU TENAGA KERJASAMA
MENJUNJUNG MULIA AGAMA
TAAT PADA RAJA NEGARA
FAHAMI RUKUN NEGARA
UNDANG-UNDANG DAN PERSETIAAN PENGAKAP KITA
JADILAH INSAN BERGUNA
PENGAKAP MALAYSIA

Lirik/lagu : Sahrom bin Jaafar @9W2GRR

Selamat Berkempori

|0 comments

KURSUS MANIKAYU PENERANGAN

|1 comments
SERAMAI 32 ORANG TELAH MENYERTAI KURSUS MANIK KAYU PENERANGAN DAERAH GOMBAK YANG BERLANGSUNG DI SMK BKT GADING. TERIMA KASIH KEPADA TUAN RUMAH KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA. TAHNIAH BUAT SEMUA. TURUT HADIR SC NEGERI SELANGOR DAN DC GOMBAK. TAHNIAH. JUMPA LAGI DI PADA JUMAAT NANTI DI SMK LEMBAH KERAMAT, KURSUS MANIK KAYU PERINGKAT 1

KURUS MANIKAYU PENERANGAN

|0 comments
TARIKH : 9 MEI 2009
TEMPAT : SMK BUKIT GADING
MASA ; 8.00 am - 5.OO pm

*semua PLD diharapkan dapat melibatkan diri...

KURSUS ENAM SEKAWAN 2009

|0 comments





TANGGAL 11-12 APR 2009, KURSUS ENAM SEKAWAN DAERAH GOMBAK TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA. PADA KURSUS KALI INI SERAMAI 140 ORANG PESERTA TELAH BERJAYA DIHIMPUNKAN DARI SELURUH DAERAH GOMBAK. HAMPIR KESEMUA PLD GOMBAK TERLIBAT. (TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN). TURUT MEMBANTU SEBAGAI HELPLES.. DARI KUMPULAN 26 GOMBAK., TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Program Zoommm Malaysia PLD ke Sabah

|0 comments












Tanggal 13 mac 2009...... kami ber 6 + 1 berkumpul di kl sentral..... mau ke Sabah bah... Prg yg telah kami rancangkan sejak berbulan-bulan lamanya dan tarikh yang berbulan kami tunggu akhirnya tiba jua..

Org paling gembira aku tgk... mmm member aku tu yg bwk beg deuter x orei hehee...

Dlm jam 9.30 mlm kami menaiki bas ke LCCT... al maklum.. ni trip backpakers, so all kira under budget le kan... dlm jam 11.00 kami tiba di LCCt... melepak le kami menunggu pagi... jam 5.00am kami beratur tuk chek-in n pas solat Subuh, terus menunggu at balai berlepas...
Jam6.50am.. kapal terbang yng membawa kami mula meninggalkn LCCT... menuju ke Sabah... hati terasa amat girang, tak sabar untuk menjejakkan kaki ke Negeri Dibawah Bayu...
Sementara berada di dalam kapal terbang... ape lagi klu bukan...mmm... Zzzzzz....(bersambung)

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

|0 comments
Pertandingan Kawad kaki Pengakap Sek Menengah
Tarikh : 28 Mac 2009
Tempat : SMK Hillcrest Tmn Seri Gombak
Masa : 0800 - 1230..

Kekwn PLD pastikn diri anda ada kelapangan..
Surat telah diedarkan

Aktiviti Pertama PPM Gombak 2009

|0 comments
Tanggal 7-8 hb Mac, seramai 158 ahli pengakap telah berjaya dikumpulkan di SMK Hillcrest Tmn Seri Gombak, bagi menjayakan kursus Ketua Patrol, Kursus Lencana Lima Tertinggi (PR)dan Ujian Sikap(untuk persediaan Pengakap Raja) yang dijalankan serentak. Kursus ini merupakan kursus pertama yang telah diamanahkan oleh PPM Gombak kepada PLD pada tahun 2009. Kursus yang disertai oleh ahli-ahli pengakap dari sekolah-sekolah menengah daerah Gombak boleh dikatakan telah dijalankan dengan jayanya. Syabas dan tahniah buat semua yang telah menjayakannya terutamanya kepada ahli-ahli PLD dan ahli-ahli kelana yang turut membantu dengan gigihnya. terima kasih!